EPISOD 1: PENYELIA TESIS

SIAPAKAH PENYELIA TESIS?

Semua mahasiswa/mahasiswi tahun 4 yang menuntut di fakulti pendidikan dikehendaki menyiapkan kerja kursus, juga lebih dikenali sebagai Latihan Ilmiah atau Tesis pada tahun akhir (tahun 4) semester pertama. Jadi para pelajar, masing-masing berkeinginan untuk tahu siapakah penyelia tesis mereka, termasuklah aku yang menuntut dalam bidang Pendidikan Islam juga tertanya-tanya siapakah pensyarah yang menyeliaku dan rakan-rakan sekumpulan denganku. Aku berdoa juga agar Allah tetapkan penyelia tesis yang terbaik buat diriku kerana Allah jualah yang lebih mengetahui.Senarai nama pensyarah dan pelajar-pelajar di bawah seliaan masing-masing, ditampal berdekatan pejabat fakulti pendidikan. Setelah aku tahu pensyarah yang menyeliaku iaitu Dr.Hajah Fatimah, maka bemainlah di kotak fikiranku tajuk yang bakal dibuat. Terlintas di mindaku tajuk tesis yang bakal aku laksanakan di bawah seliaan Hajah Fatimah berkaitan dengan ICT.




Gambar di atas adalah Dr. Hajah Fatimah selaku penyelia Latihan ilmiahku

EPISOD 2: ARAHAN PENYELIA MENGENAI BENTUK KAJIAN

ARAHAN DR. HAJAH FATIMAH MNEGENAI BENTUK KAJIAN LATIHAN ILMIAH MELALUI EMAIL


Aku dan juga sahabat seperjuangan Latihan Ilmiah, masing-masing berbalas email ‎dengan Hajah Fatimah berkaitan dengan bentuk tesis yang dikehendaki oleh beliau. Kami ‎berempat iaitu Rohaidah, Zulkarnain, Nik Rahman termasuk aku mendapat arahan Hajah ‎berkaitan bentuk dan tajuk kajian yang perlu dilaksanakan.Arahan diterima adalah ‎melalui email tanpa bersemuka secara lansung dengan beliau. Tajuknya ialah ‎‎”Pengintegrasian Sumber Maklumat dari Laman Web untuk Pengajaran dan ‎Pembelajaran (Pilih Satu Tajuk Yang Berkaitan dengan Pendidikan Islam)”.

Bentuk ‎kajian kami berempat adalah sama tetapi yang membezakan antara kami adalah tajuk ‎pilihan yang perlu dikaji berkaitan dengan Pendidikan Islam. Kami dikehendaki ‎menganalisis dan menilai sumber maklumat dari web yang berkaitan dengan tajuk kajian ‎berdasarkan standard pemikiran bagi bertujuan untuk diintegrasikan dalam P&P. Di ‎samping menyediakan laporan Tesis bermula bab 1 hingga 5, kami juga dkehendaki ‎membina satu laman blog berkaitan tajuk kajian.‎


Di bawah adalah contoh arahan yang diberi Dr. Hajah Fatimah melalui email





Sila Klik contoh tamplet di atas untuk paparan lebaih besar







EPISOD 3: PERJUMPAAN DENGAN RAKAN KUMPULAN

Perjumpaan Bersama Rakan Sekumpulan‎

Seramai 4 orang pelajar di bawah seliaan hajah. Antara rakan seperjuanganku adalah ‎Rohaidah, Nik Rahman, dan Zulkarnain. Setelah menerima arahan Hajah Fatimah, maka ‎kami berempat membuat perancangan mengadakan perjumpaan kali pertama untuk ‎membincangkan arahan yang dikehendaki Hajah. Bermulalah episod perbincangan ‎sesama kami meneroka arahan hajah melalui email yang diberikan menurut kefahaman ‎masing-masing. Perbincangan secara berkumpulan ini, dapat bertukar pendapat antara ‎satu sama lain dan InshaAllah kerja yang hendak dilaksanakan menjadi lebih mudah


Di bawah ini adalan sahabat seperjuangan Latihan Ilmiah di bawah seliaan Dr. Hajah Fatimah








Zulkarnain









Nik Rahman










Rohaidah


EPISOD 4: PEMILIHAN TAJUK

PEMILIHAN TAJUK


Menurut arahan Hajah Fatimah, kami semua dikehendaki memilih tajuk kajian yang ‎berkaitan dengan Pendidikan Islam. Tajuk yang dipilih tidak boleh sama. Sahabat-‎sahabatku masing-masing memilih tajuk di mana Rohaidah memilih tajuk ”Makanan ‎Halal dan Haram Menurut Islam” bagi subjek Pendidikan Islam tingkatan 1, Nik Rahman ‎memilih tajuk ”Perkahwinan” subjek Pendidikan Islam tingkatan 5, manakala tajuk ‎kajian yang dipilih oleh Zukarnain pula ialah ”Sejarah Tamadun Islam” subjek ‎Pendidikan tingkatan. Pemilihan tajuk perkara yang agak sukar bagiku. Penguasaan ‎terhadap tajuk yang dipilih juga penting bagi memastikan hasil kerja lebih baik dan ‎bermakna. Pada peringkat permulaannya, aku memilih tajuk ”Berpegang Teguh Dengan ‎Agama Allah” subjek Pendidikan Islam tingkatan 1. Namun begitu, selepas itu aku telah bertindak ‎menukar tajuk tersebut kepada tajuk lain iaitu ”Jenayah Dalam Islam” yang terdapat dalam ‎sukatan Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5.‎

EPISOD 5: PROSES PEMBANGUNAN BLOG

OPERASI MEMBANGUNKAN BLOG BERASASKAN MODUL P&P

Berdasarkan bentuk kajian ilmiah yang perlu aku dan sahabat lain lakukan termasuklah pembinaan blog berasaskan proses P&P yang berkaitan dengan Pendidikan Islam di samping menganalisis dan menilai sumber maklumat dari laman-laman web yang bersesuaian dengan tajuk kajian masing-masing mengikut standard pemikiran. Sememangnya aku tidak tahu cara membangunkan blog. Masakan tidak memang ilmu berkaitan pembinaan blog tidak dipelajari, yang dipelajari hanya membina laman web menggunakan perisian frontpages.

Timbul dibenak hatiku, bagaimana ilmu tentang pembinaan blog ini dapat diperolehi. Kalau nak teroka tu bagiku kena ada asas dulu. Ini asas buat blog pun tak tahu. Apa yang aku lakukan adalah bertanya kawan-kawan yang tahu tentang cara pembinaan blog ni. Alhamdulillah, kebetulan rakan sekumpulan tesisku Nik tahu cara buat blog ni. Aku diajar langkah pertama buat blog. Sebelum kita nak bangunkan blog langkah pertamanya yang perlu dilakukan kena daftar dahulu guna account google.

Selepas aku dah tahu serba sedikit ilmu tentang pembangunan blog ni, maka bagi menambahkan ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan blog ini adalah dengan cara melakukan penerokaan sebanyak mungkin. Penerokaan ilmu ini aku perolehi dengan cara bertanya sahabat2 dan teroka melalui pembelajaran kendiri. Aku juga mencantikkan blog dengan perhiasan jam, kalendar, gambar2, dan sebagainya. Berkat pertolongan dari Allah memudahkan urusanku, akhirnya aku dapat wujudkan blog ilmiah untuk manfaat orang lain terutamanya buat sumber rujukan guru dan pelajar.Kini kami berempat dapat membangunkan blog ilmiah berasaskan tajuk kajian masing2.


Di bawah ini disertakan contoh tamplet hasil blog ilmiah yang dihasilkan aku dan para sahabat seperjuangan yang lain:


Contoh tamplet blog penulis



Contoh tamplet blog Aida



Contoh tamplet blog Nik Rahman



Contoh tamplet blog Zulkarnain


EPISOD 6: BAHAN RUJUKAN UNTUK ISI PENGAJARAN

MENAMBAH BUKU RUJUKAN BERKAITAN JENAYAH DALAM ISLAM SEBAGAI ISI PENGAJARAN DI DALAM BLOG


Memandangkan tajuk yang dipilih sebagai kajian latihan ilmiahku ialah "Jenayah Dalam Islam", maka segala sumber maklumat berkaitan tajuk perlu diperbanyakkan. Hal ini bertujuan bagi mengisi segala maklumat yang bersesuaian dengan tajuk kajian ke dalam blog. Di samping itu, untuk diriku meluaskan pengetahuan tentang tajuk yang dikaji. Buku-buku tersebut diperolehi dengan proses pinjaman dan juga hak milik peribadiku sendiri.


Setelah buku-buku rujukan diperolehi, aku memilih antara buku tersebut dan membacanya terlebih dahulu untuk mengetahui dan memahaminya secara kasar perkara-perkara penting yang dibahaskan berkaitan "Jenayah dalam Islam. Setelah itu, aku memulakan operasi menaip maklumat yang dirujuk daripada buku-buku tersebut menggunakan Microsoft Word sebelum di post ke blog. Aku mengambil masa yang agak lama dalam menyiapkan isi pengajaran memandangkan perkara-perkara yang dibahaskan mengenai Jenayah dalam Islam begitu banyak. Apa yang penting, aku perlu memastikan maklumat isi pengajaran yang akan dimuatkan dalam blog menepati kriteria standard pemikiran di mana segala maklumat berkaitan isu perbincangan perlu menepati 10 kriteria standard pemikiran yang digariskan iaitu jelas, tepat, terperinci, dalam, luas, logik, relevan, penting, adil dan hikmah.


Antara buku yang dijadikan rujukan adalah seperti berikut:






EPISOD 7: PROSES PENCARIAN,PENGANALISISAN & PENILAIAN LAMAN WEB

Bagaimanakah penulis menjalankan proses pencarian, penganalisisan dan penilaian terhadap laman web berkaitan tajuk kajian?

Proses Mencari & Mengumpul Laman Web

Langkah permulaan sebelum menganalisis dan menilai lanam web bersesuaian, aku perlu mencari dan mengumpul laman web yang berkaitan tajuk "Jenayah Dalam Islam". Dalam mencari laman web tersebut, pelbagai kata kunci telah digunakan seperti "jenayah dalam Islam", "hukum arak", "jenayah curi" dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan lebih daripada 50 laman web juga yang dicari. Tidak dinafikan agak sukar untuk mencari laman web yang terbaik. Aku lebih gemar dan cenderung mencari laman web yang ditulis oleh mereka yang berautoriti dalam bidang agama.

Proses Menganalisis dan Menilai Laman Web

Langkah seterusnya, setelah sumber maklumat dari laman web dicari, aku perlu menapis dan memilih laman-laman web yang sesuai dan menepati kriteria standard pemikiran. Kemudiannya, maklumat yang dikumpul dari laman web tersebut perlu dianalis dan dinilai berdasarkan standard pemikiran. Sebanyak 10 kriteria standard pemikiran digunakan dalam proses analisis iaitu jelas, tepat, terperinci, logik, relevan, mendalam, meluas, signifikan, adil dan hikmah. Aku perlu memahami apayang dimaksudkan bagi setiap kriteria standard pemikiran. Ini bagi memudahkan lagi proses analisis dan penilaian terhadap laman web tersebut.






Rajah 1: Contoh jadual analisis dan penilaian web



EPISOD 8: HARMONI BLOG & KONGSI ILMU BUAT BLOG

Setelah melalui liku-liku ujian sepanjang menjalankan kajian ini, alhamdulillah aku dapat juga menyiapkan analisis berdasarkan standard pemikiran terhadap 50 laman web. Sehubungan dengan itu juga, semestinya aku juga kena pastikan blog yang dibangunkan berkaitan P&P bertajuk "Jenayah Dalam Islam"diharmoni sebaik mungkin. Aku cuba berfikir secara lebih kreatif bagi menghasilkan blog yang dapat menarik minat pembaca. Sebagai hamba yang lemah, aku panjatkan doa kepada Allah agar mengurniakan ilham dan idea dalam mebangunkan blog ini. Dalam menyampaikan isi pengajaran ini, aku menghasilkan peta konsep dan juga tayangan slide bagi subtopik tajuk yang dibicarakan. Selain itu, aku juga menyediakan ruangan soalan latih tubi bagi sebagai aktiiti pengukuhan terhadap pembelajaran yang dilalui. Di samping itu, dalam mengharmonikan dan membaik pulih laman isi pengajaran, P&P, aku juga perlu menyiapkan dan harmonikan ruangan blog lain seperti laman penilaian web, refleksi dan maklumat peribadi. Macam-macam cara jugaklah aku harmoni blog ini antaranya dengan menambah aksesori seperti jam, kalendar, imej, animasi dan sebaginya.

Kongsi Ilmu Buat Blog

Sebaik-baiknya ilmu yang diperolehi kita manfaatkan untuk orang lain bukan untuk dimegahkan. Jadi, di sini ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat proses membangunkan blog. Ilmu berkaitan blog yang sedikit ini, inshaAllah akan saya sampaikan sebaik mungkin dan semoga Allah memberkati usaha ini. Terima kasih juga kepada sahabat yang membantu dan mengajar saya cara mebangunkan blog ini. Semoga Allah rahmati kalian semua.














Episod 2: Arahan Penyelia Tesis

Aku dan juga sahabat seperjuangan Latihan Ilmiah, masing-masing berbalas email ‎dengan Hajah Fatimah berkaitan dengan bentuk tesis yang dikehendaki oleh beliau. Kami ‎berempat iaitu Rohaidah, Zulkarnain, Nik Rahman termasuk aku mendapat arahan Hajah ‎berkaitan bentuk dan tajuk kajian yang perlu dilaksanakan.Arahan diterima adalah ‎melalui email tanpa bersemuka secara lansung dengan beliau. Tajuknya ialah ‎‎”Pengintegrasian Sumber Maklumat dari Laman Web untuk Pengajaran dan ‎Pembelajaran
(Pilih Satu Tajuk Yang Berkaitan dengan Pendidikan Islam)”. Bentuk ‎kajian kami berempat adalah sama tetapi yang membezakan antara kami adalah tajuk ‎pilihan yang perlu dikaji berkaitan dengan Pendidikan Islam. Kami dikehendaki ‎menganalisis dan menilai sumber maklumat dari web yang berkaitan dengan tajuk kajian ‎berdasarkan standard pemikiran bagi bertujuan untuk diintegrasikan dalam P&P. Di ‎samping menyediakan laporan Tesis bermula bab 1 hingga 5, kami juga dkehendaki ‎membina satu laman blog berkaitan tajuk kajian.‎

Episod 1: Penentuan Penyelia Tesis